Pages

Aku Adalah Aku

Aku Adalah Aku
This is My Gadjet

Skrg Dah Pukul Brp Wei....

Tuesday, May 24, 2011

Adakah Kejadian Di Hulu Langat Akan Berulang Di Ukay Perdana

AMPANG – Trauma kematian sebanyak 16 mangsa tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini pada Sabtu lalu masih terasa dan kini penduduk di kawasan Ukay Perdana di sini pula berada dalam bahaya.
Sehari selepas kejadian tanah runtuh di Jalan UP 1/8, Ukay Perdana di sini berlaku namun hingga petang semalam tiada usaha membaiki kerosakan di kawasan tersebut dilakukan.
HAKISAN... beginilah keadaan tanah runtuh di Ukay Perdana, Ampang semalam
Tinjauan Kosmo! mendapati rata-rata penduduk di kawasan itu dilanda kebimbangan dan mahu pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya berbuat sesuatu menanganinya.
Seorang pekerja syarikat swasta, Nurul Firdaus, (gambar) 42, berkata, dia bimbang dengan keadaan tersebut kerana tebing terbabit tidak stabil sejak kejadian tanah runtuh di tebing itu petang kelmarin.
“Saya bimbang tebing ini akan runtuh dengan lebih teruk memandangkan kini kerap hujan. Sepatutnya pihak terlibat mengambil tindakan pantas apabila laporan dibuat berhubung kejadian tanah runtuh,” dakwanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

No comments:

Post a Comment